Anda Sedang Membaca

0

Kelahiran Planet

Kyrul Saturday 26 May 2012

Kelahiran Planet

Sejarah planet kita bermula 4.5 bilion tahun yang lampau. Ketika itu saintis percaya sistem solar kitahanyalah kepulan awan berhabuk dan gas yang terapung di angkasa.Kemudian awan itu mula rebah dan habuk dan gas mula berhamparan.

seawanan gas dan habuk


Dari hamparan gas dan habuk ini, terbentuk sebuah bintang-Matahari. Sesetengah zarah habuk yang berhamparan di sekitar matahari mula bercantum. Ini membentuk cantuman batu yang besar. Sesetengah batu ini muat dalam gengaman anda. Ada yang sebesar gunung. Batu-batuan ini bergabung sehingga membentuk planet. Salah satunya menjadi bumi.

Jarak dari matahari

Bumi 150 juta kilometer jauhnya dari matahari. Ia planet ketiga dari matahari dalam sistem solar kita. Posisi ini 'sempurna'- tidak terlalu dekat mahupun jauh-membuatkan suhu planet kita sesuai dan stabil. Ini merupakan faktor kehidupan mustabil di bumi.

Matahari tercipta ,peniggalan batu,logam dan habuk
dari ciptaan Matahari membentuk gabungan berbatu.

Kelahiran Bulan


Bulan satu-satunya satelit semula jadi Bumi. Saitis percaya Bulan terbentuk tidak lama selepas bumi wujud.Satu paduan batu yang besar yang mengelilingi Matahari telah berlanggar dengan Bumi. Serpihan dari pelanggaran ini berterbangan ke angkasa dan mula mengelilingi Bumi. Di sana serpihan ini mula membentuk Bulan sama seperti Bumi terbentuk.

Fakta Yang Anda Perlu Tahu Tentang Bumi

Ramuan bumi


Bumi hanya diperbuat daripada lapan jenis unsur.Ini termasuk aluminium,kalsium,besi,magnesium,oksigen,potasium,silikon dan sodium. Silikon dan oksigen mencipta 75 peratus batu-batuan Bumi.

Planet biru


Bumi planet yang unik dalam sistem solar kita. Ia satu-satunya planet yang mengandungi sejumlah air yang banyak. Tanpanya,tidak akan ada kehidupan padanya.

Tahun Bumi


Ia mengambil 365 hari, 6 jam , 9 minit dan 10 saat untuk Bumi lengkap mengelilingi matahari. Untuk melengkapkan satu pusingan orbit,Bumi mengembara sejauh 941,466,240 kilometer.

Jom kita lihat bagaiman bulan mengelilingi matahari seperti yang dinyatakan di atas tadi :
Blog Widget by LinkWithin

0 comments:

Post a Comment

 
Copyright 2010  
Universe Blue by Khairul Azwari