Anda Sedang Membaca

0

Teras Dalam Bumi

Kyrul Sunday 27 May 2012
Struktur Bumi terdiri daripada tiga lapisan iaitu kerak, mantel dan teras. Teras bumi merupakan lapisan yang paling dalam dan terdiri daripada dua lapisan iaitu teras dalam dan teras luar. Bumi dianggarkan mempunyai teras dalam yang terdiri daripada sfera besi-nikel beku setebal 1,370 kilometer dengan suhu mencecah 4,500°C, diselitupi pula oleh teras luar yang cair setebal 2,100 kilometer.


Teras bumi merupakan lapisan bumi yang kurang diketahui saintis. Ia dipercayai terdiri dari dua lapisan - selapisan luaran berbatu cair dan lapisan dalam yang pejal. Teras luaran Bumi diperbuat dari besi dan nikel panas. Ia setebal 2,200 kilometer.


Kerak Bumi

Kerak Bumi merujuk kepada lapisan luar planet bumi. Pemukaan sesebuah planet kebiasaannya terbentuk dari bahan yang kurang tumpat berbanding dengan lapisan yang lebih dalam. Hanya 1/3 kerak bumi merupakan daratan, yang lain dilitupi oleh lautan. Ketebalan kerak bumi adalah di antara 10 hingga 30 batu.

Kerak bumi, yang merupakan bahagian atas litosfera, terbahagi kepada dua lapisan. Lapisan atas ialah benua, yang terdiri daripada granit. Manakala di bawah granit ialah satu lapisan batu keras yang dipanggil basalt.
Pertembungan dua plat tektonik boleh 
menghasilkan gunung berapi

Pada planet yang separa-cecair, seperti Bumi, permukaan bumi terapung di atas lapisan dalam yang cair. Kerak sepertinya sering terbahagi kepada kepingan yang dikenali sebagai plat tektonik yang disebabkan oleh pergerakkan magma cair di bawahnya, mampu bergerak. Ini merupakan fenomena teori hanyutan benua. Selain itu pertembungan di antara dua plat tektonik mampu menghasilkan gunung berapi.





Perisai Pelindung kita

Satu unsur penting yang berhampiran dengan Bumi ialah medan magnetnya. Dengan menggunakan alat kompas biasa kita boleh menyaksikan bahawa Bumi adalah dikelilingi oleh medan magnet. Ia ujud disebabkan arus elektrik yang menyalur di bahagian cair teras besi Bumi. Paksi medan magnet ini tidak selari dengan paksi putaran Bumi, ia condong pada sudut 11 darjat. Inilah sebabnya kenapa khutub utara medan magnet terdapat di Kanada dan agak jauh dari khutub utara yang ditentukan oleh paksi putaran Bumi.

Medan magnet menimbulkan kesan magnetosphere, iaitu ruang dimana pergerakan partikel di dalamnya terpengaruh oleh medan magnet Bumi. Bentuk magnetosphere ini ditentukan mengikut interaksi diantara partikel di dalam angin suria dengan medan magnet Bumi. Oleh yang demikian, bentuk ruang magnetosphere bergantung kepada aktiviti Matahari. Menghala kearah ke Matahari, ruang magnetosphere memanjang secara puratanya mencapai kejauhan 60000 km. Menghala kearah bertentangan pula, ruang ini membentuk ekor yang memanjang sehingga mencapai kejauhan berjutaan km.





Sesampai sahaja di Bumi, kebanyakan partikel-partikel angin suria mengubah hala akibat medan magnet dan mengelak magnetosphere. Beberapa yang berjaya memasuki ruang magnetosphere ini, terperangkap dan berputar mengelilingi garisan medan dan bergerak kearah khutub medan magnet yang bertentangan. Pergerakan ini mencipta dua zon yang kaya dengan partikel iaitu radiasi Van Allen Belt yang dinamakan sedemikian sempena penemunya. Setiap satu zon ini menyerupai bentuk gelang yang mengelilingi Bumi. Yang pertamanya terdapat pada tahap kejauhan 5000 km dan mengandungi proton bertenaga kuat. Yang keduanya pula, terdapat pada tahap kejauhan 25000 km dan mengandungi elektron dan proton bertenaga lemah. Van Allen Belt merupakan penemuan yang terpenting yang pertama kali dibuat menggunakan satelit binaan manusia.

Pada masa yang lain pula, terutamanya selepas ledakan suria, elektron dan proton yang bertenaga kuat berjaya memasuki lapisan atmosfera luar di kawasan khutub medan magnet. Partikel-partikel ini kemudiannya berinteraksi dengan atom dan molikul tempatan menghasilkan fenomena yang dipanggil aurora borealis atau aurora australis bergantung samada fenomena tersebut berlaku di khutub utara atau selatan.


Blog Widget by LinkWithin

0 comments:

Post a Comment

 
Copyright 2010  
Universe Blue by Khairul Azwari