Anda Sedang Membaca

0

Bab 3 : Bumi Kita Tanpa Rehat

Kyrul Monday 28 May 2012
Perhatikan peta dunia.Anda fikir mustahilkah jika tiada lautan di antara benua dengan isipadu daratan bersama? Contohnya, bolehkah barat Afrika bersesuaian dengan utara Amerika Selatan?

Pangaea

Pada lewat 1800-an dan awal 1900-an, saintis mula mengkaji idea ini. Mereka dapati Bumi dahulu merupakan sebidang tanah yang amat besar. Pada 1912, saintis dari Jerman,Alfred Wegener(1880-1930) menamakan tanah besar ini 'Pangaea'.

Idea bahawa benua menghanyut bermula kira-kira 250 juta tahun
lalu di mana Bumi merupakan satu tanah yang besar.Benua
 besar ini dipanggil Pangaea yang bermaksud 'kesemua daratan'
Video di bawah memaparkan konspirasi Pangaea



Hanyutan Benua

Waktu demi waktu, Pangaea mula berpecah dan benua-benua mula terbentuk. Ini terus membentuk sehingga ia menjadi benua yang ada pada hari ini. Teori ini dipanggil hanyutan benua. Dalam masa sejuta tahun ,ia hanyut dari posisi asalnya. Dan ia masih bergerak!

Saintis mempunyai bukti terhadap kejadian ini. Mereka telah menemui fosil yang ada pada benua yang terpisah oleh lautan. Ada juga bukti peninggalan glasier pada kawasan-kawasan yang ada pada hari ini iklimnya tidak boleh menghasilkan ais. Mereka membuktikan bahawa benua-benua ini boleh 'rapat bersama'.
Blog Widget by LinkWithin

0 comments:

Post a Comment

 
Copyright 2010  
Universe Blue by Khairul Azwari