Anda Sedang Membaca

1

Bab 2 : Lapisan Bumi

Kyrul Saturday 26 May 2012
Bumi terdiri daripada tiga lapisan yang terdiri daripada lapisan kerak bumi, lapisan mantel dan lapisan teras.Lapisan kerak bumi adalah lapisan yang paling nipis dan berada di luar sekali. Ia terdiri daripada lapisan batu batan yang keras. Diikuti dengan lapisan mantel yang terdiri daripada batuan lebur yang dikenali sebagai magma. Lapisan ini merupakan lapisan yang paling tebal. Lapisan teras terbahagi kepada dua iaitu teras luar dan teras dalam. Lapisan teras luar terdiri daripada logam separa pepejal. Teras dalam pula terdiri daripada logam pejal dan merupakan lapisan bumi yang paling dalam.

Bumi seperti sebiji epal, keraknya hanyalah seperti
kulitnya !

Grand Canyon di Arizona, AS, membolehkan kita melihat jauh ke dalam 
lapisankerak Bumi. Grand canyon sepanjang 446 kilometer jauh
dan 1,829 meterdalam arasnya yang terendah.

Mari kita saksikan keindahan Grand Canyon,Arizona :



Kerak Bumi Tebal Atau Nipis?

Kerak Bumi mungkin setebal 40 kilometer dari mana anda berada. Untuk memahami ketebalan kerak Bumi,bezakan ia dengan apa yang anda ketahui.


1) Jika anda ingin memulakan perjalanan dengan menaiki kereta,pastikan berapa jauhkah anda telah pergi setelah memandu sejauh 40 kilomete. Itulah jarak yang perlu diambil untuk menembusi kerak Bumi.

2)Kenal pasti lokasi kampung anda di peta. Kemudian cari lagi sebuah Bandar berdekatan yang jaraknya 40 kilometer.

Apa anggapan anda tentang kerak Bumi sekarang?Tebal atau nipis?
Tinggi atau rendah 


Gunung Everest



Gunung Everest merupakan puncak tertinggi di Pergunungan Himalaya dan di dunia . Ia terletak di antara Nepal dan Tibet di Asia. Ia setinggi 8,850 meter.

Laut Mati


Tempat terendah di Bui yang tidak dilitupi air atau ais ialah persisiran Laut Mati. Kawasan laut yang bergaram tinggi memberi sempadan buat Israel dan Jordan. Persisirannya ialah 400 meter di bawah aras laut.
Blog Widget by LinkWithin

1 comments:

amanz said...

waw .baru saya tahu dalam juga bumi kita ni .

Post a Comment

 
Copyright 2010  
Universe Blue by Khairul Azwari