PENDEDAHAN FAKTA EKSLUSIF

Bab 1: Planet Kita Yang Menakjubkan

Bumi kita merupakan sebuah bola batu yang berlemparan 108,000 kilometer sejam di angkasa. Dengan menggunakan satelit kita mampu lihat permukaan Bumi dari angkasa. Kita dapat lihat permukaan berbatuyang diliputi lautan biru yang luas. Tumbuhan hijau tumbuh dari tanah.[...]

Bab 2: Lapisan Dalam Bumi

Bumi terdiri daripada tiga lapisan yang terdiri daripada lapisan kerak bumi, lapisan mantel dan lapisan teras.Lapisan kerak bumi adalah lapisan yang paling nipis dan berada di luar sekali. Ia terdiri daripada lapisan batu batan yang keras. Diikuti dengan lapisan mantel yang terdiri daripada batuan lebur yang dikenali sebagai magma. Lapisan ini merupakan lapisan yang paling tebal.[...]

Bab 3: Bumi Kita Tanpa Rehat

Perhatikan peta dunia.Anda fikir mustahilkah jika tiada lautan di antara benua dengan isipadu daratan bersama? Contohnya, bolehkah barat Afrika bersesuaian dengan utara Amerika Selatan?[...]

Bab 4: Muka Bumi Yang Berubah

Setiap kuasa aktif bekerjasama untuk membentuk Bumi. Kebanyakan kuasa-kuasa ini terus memberi kesan terhadap planet sehingga ke hari ini. Letusan gunung berapi dan gempa Bumi merupakan kejadian semula jadi dan membentuk permukaan planet. Ia juga merupakan aktiviti dalaman kerak, mantel dan teras planet. [...]

POST TERKINI

0

Bab 5 : Bahan Binaan Bumi

Kyrul Monday 28 May 2012
Kerak planet kita diperbuat daripada batu. Plat tektonik menggerakkan batu-batu ini. Ia meratap dan melipatnya. Ia memaksa batu dari dalam bawah tanah naik ke permukaan. Haba gunung berapi memanaskan batuan dari dalam tanah dan melontarkan ia naik ke permukaan. Batu-batuan ini sering bergerak dan berubah.

Jenis-jenis batu


Batu-batu kerak bumi terdiri dari lapan unsur. Tetapi cara-cara unsur ini bergabung menghasilkan bermacam-macam jenis batu. Saintis memecahkan batu di Bumi kepada tiga kumpulan.

Batu Igneous

Batu ini terbentuk dari cairan magma yang telah menyejuk dan menjadi keras.


0

Bab 4 : Mengubah Muka Bumi

Kyrul
Setiap kuasa aktif bekerjasama untuk membentuk Bumi. Kebanyakan kuasa-kuasa ini terus memberi kesan terhadap planet sehingga ke hari ini. Letusan gunung berapi dan gempa Bumi merupakan kejadian semula jadi dan membentuk permukaan planet. Ia juga merupakan aktiviti dalaman kerak, mantel dan teras planet.

Gunung berapi


Gunung berapi adalah bukaan, atau rekahan, pada permukaan atau kerak Bumi, yang membenarkan gas, abu, dan batu cair yang panas bebas jauh di dalam bawah permukaan bumi. Aktiviti gunung berapi membabitkan extrusion of rock yang cenderung membentuk gunung atau ciri-ciri berbentuk gunung melalui tempoh masa.

0

Plat Tektonik

Kyrul
Plat Tektonik


Apa yang saintis awal tidak ketahui adalah pengetahuan tentang plat tektonik. Kerak bumi dan mantel bahagian atasan dikenali sebagai lithosfera. Lithosfera ini kemudiannya berpecah menjadi bongkahan besar yang dipanggil plat tektonik.

Plat tektonik menyokong benua dan lautan, tetapi ia sentiasa bergerak. Ia terapung pada lendiran cecair mantel di bawah - hanya beberapa sentimeter setiap tahun.Saintis kini mengetahui betapa kerak Bumi berubah disebabkan pergerakan plat di lithosfera Bumi.

0

Bab 3 : Bumi Kita Tanpa Rehat

Kyrul
Perhatikan peta dunia.Anda fikir mustahilkah jika tiada lautan di antara benua dengan isipadu daratan bersama? Contohnya, bolehkah barat Afrika bersesuaian dengan utara Amerika Selatan?

Pangaea

Pada lewat 1800-an dan awal 1900-an, saintis mula mengkaji idea ini. Mereka dapati Bumi dahulu merupakan sebidang tanah yang amat besar. Pada 1912, saintis dari Jerman,Alfred Wegener(1880-1930) menamakan tanah besar ini 'Pangaea'.

Idea bahawa benua menghanyut bermula kira-kira 250 juta tahun
lalu di mana Bumi merupakan satu tanah yang besar.Benua
 besar ini dipanggil Pangaea yang bermaksud 'kesemua daratan'
0

Teras Dalam Bumi

Kyrul Sunday 27 May 2012
Struktur Bumi terdiri daripada tiga lapisan iaitu kerak, mantel dan teras. Teras bumi merupakan lapisan yang paling dalam dan terdiri daripada dua lapisan iaitu teras dalam dan teras luar. Bumi dianggarkan mempunyai teras dalam yang terdiri daripada sfera besi-nikel beku setebal 1,370 kilometer dengan suhu mencecah 4,500°C, diselitupi pula oleh teras luar yang cair setebal 2,100 kilometer.


 
Copyright 2010  
Universe Blue by Khairul Azwari